About KROMOS | About | Platform BioTechnologies | Concept Products | Contact Us

News

Kromos sasar pasaran sejagat

News >>

Hedzri P. Jaafar (kanan sekali) bersama Tunku Ja'afar Naquiyuddin Tuanku Jaafar (tengah) dan Alan E. Brandt menunjukkan produk BluOxy pada majlis taklimat media, semalam.

    

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Syarikat bioteknologi tempatan, Kromos Living Science Sdn. Bhd. (Kromos) merancang memasarkan produk antipatogen halal, BluOxy di Asia Tenggara selepas setahun berada di pasaran Malaysia.

Produk antipatogen syarikat itu boleh dihidu, tidak beracun dan berfungsi sebagai anti bakteria, virus dan kulat.

BluOxy dibangunkan dengan menggunakan kepakaran teknologi dari Amerika Syarikat dan dikeluarkan oleh Kromos.

Pengurus Operasi dan Pembangunan Perniagaan Kromos, Hedzri P. Jaafar berkata, produknya boleh didapati di semua farmasi di seluruh negara yang diedarkan di bawah Amway (M) Sdn. Bhd. (Amway) dan Holista Biotech Sdn. Bhd. (Holista).

Katanya, selain Amway dan Holista, pihaknya turut mencari rakan kerjasama pemasaran tempatan yang berminat.

''Sekarang kami dalam peringkat memberi pengenalan produk pembersih terhadap orang ramai dan dalam tempoh setahun, produk ini akan menjanjikan jualan yang memberangsangkan,'' katanya pada majlis taklimat media mengenai BluOxy di sini hari ini.

Hadir pada majlis ialah Pengerusi Kromos, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar dan Ketua Penasihat Saintifik Kromos, Dr. Alan E. Brandt.

Buat permulaan, Kromos memperkenalkan dua produk pembersih anti patogennya di bawah jenama BluOxy iaitu RidBac dan NatShield yang dilancarkan pada Mac lalu.

Ridbac yang diedarkan oleh Amway dijual pada harga runcit kira-kira RM69 sebotol manakala NatShield yang diedarkan oleh Holista ditawarkan pada harga RM15.

Hedzri menambah, pihaknya melihat potensi pasaran BluOxy sangat meluas di peringkat antarabangsa.

Katanya, nilai pasaran kesihatan wanita global adalah AS$13 bilion (RM40.3 bilion), produk penjagaan peribadi dan anti jerawat (AS$9 bilion: RM27.9 bilion), pasaran pembersih udara global (AS$4.7 bilion: RM14.57 bilion) dan pasaran antiseptik dan penyahjangkit dengan nilai pasaran AS$3.1 bilion (RM9.61 bilion).

''Sehubungan itu, Kromos mahu mengambil peluang untuk menembusi nilai pasaran lebih AS$20 bilion (RM62 bilion) untuk di peringkat global,'' ujarnya.

Sementara itu, Tengku Naquiyuddin menambah, produk BluOxy mampu melawan lebih 120 patogen yang dihasilkan melalui ekstrak semulajadi sepenuhnya dari tanaman, selamat dan tidak toksik kepada manusia, haiwan dan makanan.

Jelasnya, produk BluOxy tidak mempunyai kandungan alkohol yang menjadikannya adalah produk pembersih halal pertama dunia dan ia mampu membunuh virus selesema babi H1N1, penyakit kelamin, candidiasis dan banyak lagi.

''Produk kami juga boleh digunakan oleh jemaah haji yang berkumpul dengan jutaan umat manusia dan berhadapan dengan risiko jangkitan patogen.

''Melalui produk BluOxy yang halal ini, ia boleh mencegah daripada berlaku jangkitan seperti selesema, batuk dan sebagainya,'' kata beliau.

Source - Utusan


Back